Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
Portal Rasmi Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME)
LOGO PERSEKUTUAN

FAQs

Q1

Apakah nama program Pengajian yang ditawarkan oleh Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana?

buat masa sekarang kami menawarkan 2 program diploma iaitu:

  1. DIPLOMA PASCASISWAZAH EKSEKUTIF PENDIDIK KEUSAHAWANAN

  2. DIPLOMA PASCASISWAZAH EKSEKUTIF PENGURUSAN ENTERPRIS

Q2

Apakah syarat-syarat umum untuk menyertai Program Pengajian Diploma eksekutif ISME UMK?

Syarat umum bagi menyertai program sepertimana diatas adalah seperti berikut:

 
1. Pemohon adalah kakitangan berstatus tetap sahaja;
2. Telah sedia mempunyai kelulusan di peringkat Ijazah Sarjana Muda;
3. Ditawarkan pada kakitangan / staff pentadbiran bergred jawatan 41 dan keatas sahaja untuk program pengajian Diploma Eksekutif Pengurusan Enterprais. (Bagi staff akademik yang memenuhi kelayakan 1 maka Diploma     Eksekutif yang ditawarkan  dan perlu dipohon adalah Diploma Eksekutif Pendidik Keusahawanan.
 

Q3

Apakah durasi tempoh pengajian bagi program pengajian yang ditawarkan oleh ISME?

Durasi tempoh pengajian bagi program pengajian yang ditawarkan adalah selama 4 semester atau dua (2) tahun

Q4

Sekiranya saya ingin menyertai Program pengajian yang ditawarkan ISME, apakah maklumat yang perlu saya bekalkan?

Bagi individu yang berminat untuk menyertai program yang kami tawarkan  bolehlah hantarkan maklumat kepada email rasmi ISME.

Sila sertakan :

1. Nama Lengkap
2. No. ID Staff
3. Jawatan dan Gred
4. Status Staff 
5. Fakulti/ Jabatan
6. No. H/Phone
7. No. Telefon Pejabat
8. Email
9. Latar Belakang Pendidikan
 
Q5
 
Apakah alamat rasmi untuk saya hubungi ISME?
 
Jika terdapat sebarang pertanyaan boleh ajukan soalan kepada email rasmi ISME Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
atau boleh menggunakan alamat kami iaitu :
 

INSTITUT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (ISME)
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN
D/A : KARUNG BERKUNCI 36
PENGKALAN CHEPA, 16100 KOTA BHARU KELANTAN

NO. TEL   : 09 771 7310
NO. FAKS : 09 771 7072