Menyediakan persekitaran keusahawanan yang kondusif berasaskan pengetahuan (knowledge-based) dan pro-enterprais;
Membangun dan menyelenggara pusat rujukan maklumat melalui Sistem Maklumat Usahawan Bersepadu (SMUB) yang bersifat interaktif dan mudah dicapai (accessible) yang bertaraf dunia;
Menyedia dan menjalankan program pendidikan, latihan dan pembangunan keusahawanan, Pusat Inkubator yang berkualiti dan menepati objektif latihan;
Menawarkan kepakaran khidmat nasihat, bimbingan, strategi pemasaran dan perundingan kepada pihak yang memerlukan;
Bekerjasama dengan institusi kewangan, badan profesional, institusi dan agensi yang terlibat dengan pembangunan keusahawanan di dalam dan luar negara;
Menyedia dan menguruskan Galeri Produk IKS Kelantan bagi tujuan memperluaskan pasaran tempatan dan antarabangsa;
Mendapatkan pengiktirafan sijil dan diploma eksekutif yang dikeluarkan oleh ISME yang memenuhi piawaian Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS), lain-lain agensi-agensi kerajaan, NGO, badan profesional, persatuan-persatuan perniagaan dari dalam dan luar negara;
Membangunkan tenaga pelatih yang berkaliber untuk melaksanakan pendidikan dan latihan keusahawanan;
Mewujudkan perkongsian pintar dengan agensi-agensi di dalam dan luar negara;
Membantu menjana pendapatan universiti melalui penawaran aktiviti pendidkan, latihan dan perundingan.