Style Switcher

Layout options
  • Boxed Layout
  • Full Width Layout
Primary Color
LOGO PERSEKUTUAN

Falsafah

Atas kesedaran untuk mewujudkan individu (pelajar, staf & usahawan) berdaya tahan, berilmu, berdaya saing dan mampan demi menghadapi cabaran dalam era sosio ekonomi global berteraskan pengetahuan maka INSTITUT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA (ISME), UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN ditubuhkan. Penubuhan Institut ini bermatlamat untuk membangun individu berpengetahuan yang mempunyai kebolehan dan kemahiran keusahawanan, kemahiran kepimpinan, kreatif dan inovatif, berani mengambil risiko,  berketerampilan, bijak berkomunikasi, kerja berpasukan, beretika dan berpencapaian tinggi khasnya dalam aspek merancang dan melaksanakan pengurusan kewangan, sumber manusia serta lain-lain sumber demi kesejahteraan kepada agama, bangsa, dan negara. ISME percaya bahawa setiap individu berpotensi untuk menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua kerjaya yang menjadi pilihan mereka.